Wednesday, 15 August 2012

Wahai Si Gadiss!!


Wahai si gadis,
 Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk disayangi dan dilindungi,bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,bukan pula dicipta daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya.Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu,kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang ?
Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya.Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian.Kilauan  warnanya yag memancar indah menjadi tarikan.Namun,lantaran pagaran duri yang berbisa itu,sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Wahai si gadis,
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki.Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sembarangan,jadilah dirimu hanya mawar yang indah tapi sayang tidak berduri.Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.Sesungguhnya,Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,
‘ Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita ‘.Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah wahai si gadis,
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan.Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.Yang tertutup itu indah!Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus,suci,mahal dan berharga buat kumbang terpiih yang dijanjikan Allah buatmu.
Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan  keredaan Allah,bertunjang ilmu dan kebenaran,bersulam akhlak penuh menawan.Sesungguhnya,wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.
 ‘ Wanita yang baik untuk lelaki yang baik ‘ 
  Ya Allah,jadikanlah kami bidadari syurga….

No comments:

Post a Comment