Wednesday 15 August 2012

Duhai Diri



Duhai diri,
Kenapa ?
Kau mengeluh kepenatan,
Kau muram kekecewaan,
Kau murung kesedihan,
Kau resah kebimbangan,
Hanya kerana,
Mereka tidak datang,
Bila kau ajak pada kebenaran.

Wahai diriku,
Bukan niatku melontarkan hamunku,
Cuma teguran setulus salju,
Tak seharusnya kau begitu!
Kufahami impianmu,
Supaya kita semua bersatu,
Kusanjungi ketulusanmu,
Mengajak ke jalan yang Satu,
Namun,
Reality memang tak seindah yang dimahu,
Lantaran jalan ini terlampau berliku,
Perlukan kesabaran dan keteguhan jitu,
Kau harus hayati hakikat itu!

Ingatilah peribadi pejuang sejati,
Baginda tabah meniti hari,
Bermula dari seorang diri,
Menyampaikan dakwah sembunyi-sembunyi,
Bukannya Baginda tidak berani
Namun itu tertib wahyu,strategi Rabbi,
Ucapannya bukan dari nafsu melainkan wahyu suci,
Ucapannya hikmah dari kalbu bak embun pagi,
Disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri,
Fikrah dijernihkan, akal didekati,
Ajarannya menyentuh hati sanubari,
Juga dengan hujah dan keterangan hakiki,
Dengan hikmah dan pengajaran penuh seni,
Bila mana ada perdebatan dirungkaikan hati-hati,
Bila mana dizaliml dilontarkan doa kasih nan sejati.

Suburkan berbaik sangka,
Agar hatimu tenang,
Barulah makin kuat jadinya,
Bukan dirundung kelemahan,
Perbaharuilah iman,
Saban ketika,
Ingati janji-Nya,
Keredhaan dan syurga,
Sedari sunnah perjuangan,
Dipenuhi derita,
Dihujani kepayahan,
Untuk kau tempuhinya,
Dengan ketabahan,
Jadilah orang yang menang !



No comments:

Post a Comment