Wednesday, 15 August 2012

DATING



Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan,mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh
Risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf ialah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif ‘taaruf’ dan ‘serasi’ dalam fikiran
Manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf
yang ada sempadan,
terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengaar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah,batasan-Nya tidak boleh
dipermainkan.



No comments:

Post a Comment